Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah ‘dolalah’ serta boleh menjadi kafir.
“Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
Itulah yg pengikut PAS tahu sebab sudah dipaku dalam otak mereka bahawa PAS mahukan hudud. Sedangkan kepimpinan PAS sudahpun menolak hudud kerana akur kepada perjanjian dgn DAP/PKR agar melupakan hudud.
Butakayunya pengikut PAS mereka tak nampak apa yg pemimpin mereka lakukan. Mereka serang UMNO bersama DAP/PKR bukan pun nak undang-undang hudud terlaksana tetapi mahu mendapatkan KUASA politik. Itulah kedajalan puak PAS sampaikan pengikut muda-muda yg baru lepasan U pun tak mampu menilai tipudaya pemimpin PAS.
Yang lebih memelikkan kerana nak raih undi Tok Guru PAS, Nik Aziz dan Tok Azizan ber jumpa sami-sami Budha. Bukan nak ajak pada Islam maupun berdakwah. Semata-mata buat perjumpaan , bagi jamuan, bagi duit raya dan mempastikan meraih sokongan politik (undi). Itulah kedangkalan besar PAS memimpin umat lebih berpolitik daripada mengajak kepada Islam.
Banyak kesilapan yang membawa mudarat kepada bangsa dan negara dijana oleh PAS. Yang kita tak mahu lihat jika ada kesilapan itu mengheret semua orang masuk ke neraka. Kenapa? Sebab kita saling berpecah-belah, memfitnah, membuat fatwa sesat, melindung kaum Luth, mencaci hina sesamA Islam, musuh Islam mudah menguasai/memperdaya dan memperalatkan umat Islam ke arah agenda dajal dan sebagainya.
Kadang-kadang bila dikatakan ada lagi orang Islam macam katak bawah tempurung. Kalau ingin jadi manuisa hidup bermaklumat, baca semua laporan media. Ada internet gunakan. Lihat pergerakan dan laporan setiap individu yg kita kagumi. Apa yg mereka buat. Siapa memperalat siapa? Siapa yg ditunggangai, siapa yg menjadi alat pemusnah kekuatan Islam selama ini. Yang secara jelas siapa jadi pembelot, petualang dan pengkhianat kepada bangsa, agama dan negaranya.
Dunia orang kita Melayu berkobar-kobar mahu Islam, sekedar di mulut saja tetapi jiwa kering kontang. Mudah terpedaya dengan omongan politik yang diretorikkan Islam. Walhal pendukungnya lepas tangan bila melihat kemaraan musuh-musuh Islam yg berlindung di bawah panji2 Islam dengan membawa idea-idea Islam baru yg konon lebih ampuh dari Islam yg dilihat tradisi, fanatik, teroris, militan dsbnya.
Masihkah kita terlena dek hembusan angin barat yang cukup licik mengalunkan lagu-lagu keadilan, hak asasi, hak persamaan dan demokrasi tulen sedangkan itu hanya bisikan syaitan besar yang mahu mengalahkan kita. Kita kalah kerana musuh itu adalah bermula dari orang kita yang saudara seislam dijadikan musuh sepanjang hayat. Itulah agenda barat yang berhasil merekrut orang kita sehingga kita lupa selupa-lupanya siapa musuh kita sebenarnya.
Mereka manfaatkan orang yang ada pengaruh dan mampu dibonekakan bagi melakukan tindakan berstrategi agar mudah mereka melampiaskan cita-cita busuk mereka sekali gus meruntuhkan tamadun Islam agar berubah jadi liberal, moderate, pluralis dan lain-lain. Lunak dan asyik bila kita mendengar dan terpukau kita lantas menyokong membuta tuli bahawa madu yg diberi itu adalah racun berbisa dan dalam istilah moden racun radio aktif yg tiada penawarnya.
Jangan tersentak selepas ini kita sekeliannya kecundang di tangan dajal alaf baru. Yang mengkhuatirkan adalah kita terjerumus ke lubang neraka kerana kealpaan kita juga.
Kita mahu ulama biar buat kerja ulama. Menguatkan akidah umah iaitu ahli Sunnah waljmaah serta berpegang pada mahzab yang empat fokus kepada aliran Safie. Jika ulama banyak berpolitik pasti tujuan politik yang dibawa hanya politik semata-mata. Tapi kalau menjalankan kerja untuk Islam secara ikhlas pasti mertabat agama Allah yg maha suci ini akan melonajk tinggi.
Hari ini jangan kira politik mana dan siapa. Kita tak boleh lagi berpecah-belah sehingga musuh Islam sudah mengakui mereka pun Islam. Yg digeruni bila orang Islam menjadi petualang dan pengkhianat agama. Hingga terpengaruh dengan gerakan pembahruaan Islam walhal asas akidahyang terkeluar dari landasan Islam sebenar. Islam yang ada sudah cukup lengkap samada kita nak jaga atau tidak.
Kuasa barat khususnya Amerika yg didalangi Zionis , sememang licik dalam meruntuhkan kekuatan Islam. Mereka mempunyai kumpulan think tank yg hebat dan dana yg besar. Mereka gunakan apa saja termasuk Universiti milik mereka dan mengadakan pelbagai program atas nama hak asasi, keadian sejagat, kebebasan, permaufakatan agama, alam sekitar dan pelbagai bentuk yg mengaburi umat Islam untuk membina rangkaian tertentu merosakkan akidah ummah.
Malah mereka suka mendampingi pemimpin politik dan NGO Islam bagi memudahkan tindak-tanduk mereka terutama di negara yang sedang membangun seperti Negara kita yang menuju menjadi Negara maju.
Jika umat Islam leka maka mudahlah mereka menusukkan jarum kejahatan mereka. Rancangan mereka sejak zaman rasul-rasul terdahulu dan Nabi Muhamad s.a.w tidak akan terhenti begitu saja. Apa yang mereka mahu, biar umat Islam terus bercelaru dan bermusuhan serta berperang sama sendiri agar mudah bagi mereka meneruskan cengkaman demi kelangsungan kuasa mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan