Ahad, 7 November 2010

Kumpulan Muslim Moderat/Liberal halalkan homoseksual?

Oleh : Adian Husaini.
Akhbar Harian The Jakarta Post, edisi Jumaat (28/3/2008) dalam halaman muka depan menerbitkan berita berjudul Islam 'recognizes homosexuality' (Islam mengakui homoseksualiti). Memetik pendapat dari Prof. Dr. Siti Musdah Mulia , Pengarah di UIN (Universitas Islam Negeri) Jakarta, akhbar berbahasa Inggeris itu menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah sesuatu yang alami (semulajadi) dan diciptakan oleh Tuhan, kerana itu dihalalkan dalam Islam. (Homosexuals and homosexuality are natural and created by God, thus permissible within Islam).
Menurut Musdah, para sarjana Muslim moderat berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Dan bahawasanya kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya hanyalah berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam.

Secara jelas, ditulis dalam akhbar itu:
"Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings."
Memetik QS 49 ayat 3, Musdah menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual. Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, "Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya." (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety).

Demikian pendapat Pengarah UIN Jakarta ini dalam diskusi yang diselenggarakan suatu organisasi bernama "Arus Pelangi ", di Jakarta, Kamis (27/3/2008). (Nota -NGO Arus Pelangi adalah NGO untuk kumpulan homoseksual & Lesbian di Indonesia).

Menurut Musdah Mulia, intisari ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).
The Jakarta Post juga memetik pendapat seorang penceramah bernama Nurofiah, yang menyatakan, bahawa pandangan dominan dalam masyarakat Islam tentang heterogeniti (kepelbagaian) adalah "konstruksi sosial"(pembinaan sosial), sehingga menyebabkan larangan aktiviti homoseksualiti oleh kaum majoriti. Ini sama dengan kes "bias gender"(ketidakadilan jantina) disebabkan dominasi budaya patriarki (lelaki). Kerana itu, katanya, keadaan ini akan berbeza jika yang berkuasa adalah kaum homoseks.

Lebih tepat lagi, dipetik ucapan aktivis gender iti: "Like gender bias or patriarchy, heterogeneity bias is socially constructed. It would be totally different if the ruling group was homosexuals."

Diskusi tentang homoseksual itu turut mengundang penceramah dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI). The Jakarta Post melabel kedua organisasi itu, sebagai "kelompok Muslim konservatif". Ditulis dalam akhbar seperti berikut: "Condemnation of homosexuality was voiced by two conservative Muslim groups, the Indonesian Ulema Council (MUI) and Hizbut Thahir Indonesia (HTI)."
Amir Syarifuddin, Pengurus MUI, menyatakan bahawa amalan homoseksual adalah satu perbuatan dosa. "Kami tidak akan menganggap homoseksualiti sebagai musuh, tetapi kami akan membuat mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah," katanya.
Demikianlah berita tentang 'fatwa halal' homoseksual oleh sebahagian aktivis Liberal, sepertimana yang ditulis oleh The Jakarta Post.

Jika kita rajin menyemak perkembangan pemikiran Liberal, baik di kalangan Yahudi, Kristian, mahupun Islam, maka kita tidak akan heran dengan berita yang dimuat di Harian The Jakarta Post itu.

Kaum Yahudi Liberal, juga Kristian Liberal, sudah lama menghalalkan perkawinan sesama jenis. Bahkan, ramai cendekiawan dan tokoh agama mereka yang sudah secara terbuka mendeklarasikan (isytihar) sebagai orang-orang homoseks dan lesbian. Ramai di kalangan mereka sudah melangsungkan perkawinan sesama jenis di dalam tempat ibadah mereka.

Bagi kaum Yahudi dan Kristian Liberal, hal seperti itu sudah dianggap biasa. Mereka juga menyatakan, apa yang mereka lakukan adalah sejalan dengan ajaran Bible. Mereka juga menuduh kaum Yahudi dan Kristian lain sebagai "ortodoks", "konservatif" dan sebagainya, kerana golongan itu tidak mahu mengakui dan mengesahkan amalan homoseksual.

Gereja Khatolik, misalnya, tetap mempertahankan doktrinnya yang menolak amalan homoseksual. Pada tahun 1975, Vatikan mengeluarkan kenyataan bertajuk "The Vatican Declaration on Sexual Ethics." Isinya, antara lain menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidatonya pada malam Tahun Baru 2006, Paus Benediktus XVI juga menegaskan sekali lagi tentang terkutuknya perilaku homoseksual.

Dalam Islam, soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau pendukungnya. Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan oleh Prof. Siti Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.

Nabi Muhammad saw bersabda, "Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut." (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki).

Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.

Sejak terbitnya Jurnal Justisia dari Fakulti Syariah IAIN Semarang (edisi 25, Th XI, 2004), yang menghalalkan homoseksual, kita sudah mengingatkan kepada para pimpinan kampus Islam agar mereka lebih serius dalam menangani penyebaran fahaman Liberal di kampus. Sebab, virus Liberal ini semakin menukar untuk merosakkan aqidah dan pemikiran Islam. Ironisnya, fenomena ini digerakkan dari kalangan ahli-ahli akademik di kampus-kampus yang berlabel Islam.

Kita ingat kembali, bahawa dalam Jurnal Justisia tersebut, dilakukan kempen besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan homoseksual. Jurnal itu kemudian diterbitkan menjadi sebuah buku berjudul "Indahnya Kawin Sesama Jenis : Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual", (Semarang:Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005).

Dalam buku tersebut dijelaskan strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia, iaitu (1) mengorganisi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang menuntut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi kemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut serta terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) melakukan kritik dan menafsir semula keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual, (4) menyuarakan perubahan Undang-undang Perkawinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan harus antara laki-laki dan wanita." (hal. 15)

Sebagaimana Prof. Musdah Mulia, para penulis dalam buku itu juga mengecam keras pihak-pihak yang masih mengharamkan homoseksual. Seorang penulis dalam buku ini, misalnya, menyatakan, bahawa pengharaman nikah sejenis adalah bentuk kebodohan umat Islam generasi sekarang kerana ia hanya memahami doktrin agamanya secara given, taken for granted, tanpa ada pembacaan mendalam secara kritis atas doktrin tersebut.
Si penulis kemudian mengaku bersikap kritis dan curiga terhadap motif Nabi Luth dalam mengharamkan homoseksual, sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran surat al-A'raf :80-84 dan Hud :77-82). Semua itu, katanya, berpunca dari faktor kepentingan Luth itu sendiri, yang gagal menikahkan anaknya dengan dua laki-laki, yang kebetulan homoseks.

Ditulis dalam buku ini sebagai berikut:
"Kerana keinginan untuk menikahkan puterinya tidak kesampaian, tentu Luth amat kecewa. Luth kemudian menganggap kedua laki-laki tadi tidak normal. Isetri Luth boleh memahami keadaan laki-laki tersebut dan berusaha menyedarkan Luth. Tetapi, Luth, menganggap isterinya melawan suami dan membela kedua laki-laki yang dinilai Luth sebagai tidak normal. Kenapa Luth memandang negatif kepada kedua laki-laki yang kebetulan homo itu ? Sejauhmana yang saya tahu, Al-Quran tidak memberi jawapan yang jelas. Tetapi kebencian Luth terhadap kaum homo berpunca daripada faktor kecewa kerana tidak berjaya menikahkan kedua puterinya kerana anggapan Luth yang salah terhadap kaum homo." (hal. 39)

Padahal, tentang Kisah Nabi Luth a.s. Al-Quran sudah memberikan gambaran yang jelas bagaimana terkutuknya kaum Nabi Luth yang merupakan pelaku homoseksual itu:

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (QS Al-A'raf:80-84).

Kerana itu, para mufassir Al-Quran selama ratusan tahun tidak pernah bersependapat seperti anak-anak syariah dari IAIN Semarang itu atau seperti Prof. Musdah Mulia yang berani menghalalkan homoseksual.
Gerakan menghalalkan homoseksual yang dilakukan oleh kaum Liberal di Indonesia sebenarnya sudah melampaui batas. Bagi umat Islam, hal seperti ini merupakan sesuatu yang tidak pernah difikirkan ("unthought"). Bagaimana mungkin, dari kampus berlabel Islam, muncul guru dan mahasiswa yang berani menghalalkan homoseksual, suatu tindakan rosak yang selama ribuan tahun dikutuk oleh agama.
Gerakan legalisasi (menghalalkan) homoseksual dari lingkungan kampus Islam tidak boleh dipandang sebelah mata. Tindakan ini merupakan kemungkaran yang jauh lebih bahaya dari gerakan legalisasi homoseks yang selama ini sudah kerap kali dilakukan kaum homoseksual sendiri.

Dalam catatan penutup buku karya anak-anak Fakulti Syariah IAIN Semarang tersebut, dimuatkan tulisan berjudul "Homoseksualiti dan Pernikahan Gay: Suara dari IAIN". Penulisnya, mengaku bernama Mumu, mencatat, "Ya, kita tentu menyambut gembira usaha yang dilakukan oleh Fakultas Syariah IAIN Walisongo tersebut."

Turut dikatakan dalam buku tersebut: "Hanya orang primitif saja yang melihat perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal (tidak normal) dan merbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalil apapun, untuk melarang perkahwinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan telah terlanjur."

Logik ini seiring dengan pemikiran Musdah Mulia yang menyatakan bahawa larangan homoseksual hanyalah berdasarkan kepada penafsiran sempit terhadap ajaran Islam. Barangkali, seperti yang dikatakan Nurofiah, jika suatu ketika nanti kaum homoseksual sudah menjadi dominan, maka mereka akan memandang bahawa kaum heteroseksual (pelbagai) adalah suatu kelainan. Inilah pandangan yang 'keblinger'(sesat), yang lahir dari kekeliruan berfikir.

Sebagaimana kes perkahwinan antara muslimah dan lelaki non-Muslim yang disokong oleh sebahagian guru UIN Jakarta, kita patut khuatir, bahawa para akademis Liberal itu semakin menjadi-jadi tindakannya, dengan menjadi penghulu terhadap perkahwinan sesama jenis.

Kita berharap hal itu tidak terjadi, meskipun Prof. Dr. Musdah Mulia sudah melontarkan pendapatnya tentang homoseksual secara terbuka di media massa. Memang, jika orang sudah hilang rasa malunya, maka dia akan berbuat semahunya. Mungkin dia merasa sudah hebat, sudah jadi pengarah pemikiran Islam di suatu kampus Islam terkenal. Selama ini pun, orang-orang terdekatnya pun tidak mampu untuk menghentikan kegiatannya.
Namun, jika kita ikuti kisah perjalanan intelektual Prof. Musdah Mulia, kita sebenarnya tidak terlalu heran. Sejak awal, cara berfikirnya sudah kacau. Dia sewenang-wenang mengubah hukum Islam, untuk disesuaikan dengan cara berfikir dan cara hidup Barat.

Tidak aneh, jika kerana sepak terjangnya yang seperti itu, tahun lalu, pada Hari Perempuan Dunia tanggal 8 Mac 2007, Musdah Mulia menerima penghargaan "International Women of Courage" dari Menteri Luar Negeri Condoleezza Rice di pejabat Kementerian Luar Negera Amerika Syarikat (AS), Washington. Dia dianggap berani menyuarakan, membela dan mengembalikan hak perempuan di kaca mata agama dengan cara melakukan 'pembaharuan hukum Islam' - termasuk- undang-undang perkawinan.
Mungkin, setelah menyokong amalan homoseksual ini, dia akan mendapatkan pujian dan penghargaan jauh lebih tinggi lagi dari "kalangan tertentu." Kita tunggu saja!
[Depok, 30 Mac 2008/www.hidayatullah.com]

Artikel asal tulisan Adian Husaini, dari laman swaramuslim.net yang bertajuk " "Prof UIN Jakarta Halalkan Homoseksual". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan