Jumaat, 26 November 2010

Siapa musuh kita?

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah ‘dolalah’ serta boleh menjadi kafir.

“Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
 Itulah yg pengikut PAS tahu sebab sudah dipaku dalam otak mereka bahawa PAS mahukan hudud. Sedangkan kepimpinan PAS sudahpun menolak hudud kerana akur kepada perjanjian dgn DAP/PKR agar  melupakan  hudud.

Butakayunya pengikut PAS mereka tak nampak apa yg pemimpin mereka lakukan.  Mereka serang UMNO bersama DAP/PKR bukan pun nak undang-undang hudud  terlaksana tetapi mahu mendapatkan  KUASA politik. Itulah kedajalan puak PAS sampaikan pengikut muda-muda yg baru lepasan U pun tak mampu menilai tipudaya pemimpin PAS.


Yang lebih memelikkan kerana nak raih undi Tok Guru PAS, Nik Aziz dan Tok Azizan ber jumpa sami-sami Budha.  Bukan nak ajak pada Islam maupun berdakwah.  Semata-mata buat perjumpaan , bagi jamuan, bagi duit raya dan mempastikan meraih sokongan politik (undi). Itulah kedangkalan besar PAS memimpin umat lebih berpolitik daripada mengajak kepada Islam.

Banyak kesilapan yang membawa mudarat kepada bangsa dan negara dijana oleh PAS. Yang kita tak mahu lihat jika ada kesilapan itu mengheret semua orang masuk ke neraka. Kenapa? Sebab kita saling berpecah-belah, memfitnah, membuat fatwa sesat, melindung kaum Luth, mencaci hina sesamA Islam, musuh Islam mudah menguasai/memperdaya dan memperalatkan umat Islam ke arah agenda dajal dan sebagainya.

Kadang-kadang bila dikatakan ada lagi orang Islam macam katak bawah tempurung. Kalau ingin jadi manuisa hidup bermaklumat, baca semua laporan media.  Ada internet gunakan.  Lihat pergerakan dan laporan setiap individu yg kita kagumi. Apa yg mereka buat.  Siapa memperalat siapa?  Siapa yg ditunggangai, siapa yg menjadi alat pemusnah kekuatan Islam selama ini. Yang secara jelas siapa jadi pembelot, petualang dan pengkhianat kepada bangsa, agama dan negaranya.

Dunia orang kita Melayu berkobar-kobar mahu  Islam, sekedar di mulut saja  tetapi jiwa kering kontang.  Mudah terpedaya dengan omongan politik yang diretorikkan Islam.  Walhal pendukungnya lepas tangan bila melihat kemaraan musuh-musuh Islam yg berlindung di bawah panji2 Islam dengan membawa idea-idea Islam baru yg konon lebih ampuh dari Islam yg dilihat tradisi, fanatik, teroris, militan dsbnya.

Masihkah kita terlena dek hembusan angin barat yang cukup licik mengalunkan lagu-lagu keadilan, hak asasi, hak persamaan dan demokrasi tulen sedangkan itu hanya bisikan syaitan besar yang mahu mengalahkan kita.  Kita kalah kerana musuh itu adalah bermula dari orang kita yang saudara seislam dijadikan  musuh sepanjang hayat. Itulah agenda barat yang berhasil merekrut orang kita sehingga kita lupa selupa-lupanya siapa musuh kita sebenarnya.

Mereka manfaatkan orang yang ada pengaruh dan mampu dibonekakan bagi melakukan tindakan berstrategi agar mudah mereka melampiaskan cita-cita busuk mereka sekali gus meruntuhkan tamadun Islam agar berubah jadi liberal, moderate, pluralis dan lain-lain. Lunak dan asyik bila kita mendengar dan terpukau kita lantas menyokong membuta tuli bahawa madu yg diberi itu adalah racun berbisa dan dalam istilah moden racun radio aktif yg tiada penawarnya.

Jangan tersentak selepas ini kita sekeliannya kecundang di tangan dajal alaf baru.  Yang mengkhuatirkan adalah kita terjerumus  ke lubang neraka kerana kealpaan kita juga.

Kita mahu ulama biar buat kerja ulama. Menguatkan akidah umah iaitu ahli Sunnah waljmaah serta berpegang pada mahzab yang empat fokus kepada aliran Safie. Jika ulama banyak berpolitik pasti tujuan politik yang dibawa hanya politik semata-mata. Tapi kalau menjalankan kerja untuk Islam secara ikhlas pasti mertabat agama Allah yg maha suci ini akan melonajk tinggi.

Hari ini jangan kira politik mana dan siapa. Kita tak boleh lagi berpecah-belah sehingga musuh Islam sudah mengakui mereka pun Islam. Yg digeruni bila orang Islam menjadi petualang dan pengkhianat agama. Hingga terpengaruh dengan gerakan pembahruaan Islam walhal asas akidahyang terkeluar dari landasan Islam sebenar. Islam yang  ada sudah cukup lengkap samada kita nak jaga atau tidak.


Kuasa barat khususnya Amerika yg didalangi Zionis , sememang licik dalam meruntuhkan kekuatan Islam.  Mereka mempunyai kumpulan think tank yg hebat dan dana yg besar. Mereka gunakan apa saja termasuk Universiti milik mereka dan mengadakan pelbagai program atas nama hak asasi, keadian sejagat, kebebasan, permaufakatan agama, alam sekitar dan pelbagai bentuk yg mengaburi umat Islam untuk membina rangkaian tertentu merosakkan akidah ummah.

Malah mereka suka mendampingi pemimpin politik dan NGO Islam bagi memudahkan tindak-tanduk mereka terutama di negara yang sedang membangun  seperti Negara kita yang menuju menjadi Negara maju.

Jika umat Islam leka maka mudahlah mereka menusukkan jarum kejahatan mereka. Rancangan mereka sejak zaman rasul-rasul terdahulu dan Nabi Muhamad s.a.w  tidak akan terhenti begitu saja. Apa yang mereka mahu, biar umat Islam terus bercelaru dan bermusuhan serta berperang sama sendiri  agar mudah bagi mereka meneruskan cengkaman demi kelangsungan kuasa mereka.

UMNO Jangan terlalu bertolak-ansur

UMNO perlu mengkaji semula dalam soal pembahagian kerusi. Saya amat setuju jika kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh UMNO. Bukti PRU12 dan PRK undi Melayu banyak diterima oleh BN  berbanding undi kaum Cina dan India juga begitu.

Hari ini parti-parti kompenen BN yang mewakili Cina dan India di tolak oleh kaum itu sendiri khususnya MCA, Gerakan dan MIC.  Mereka yang menang PRU12 adalah di dalam kawasan majoriti Melayu.
Jika ini berulang di PRU13, kita masih percaya dengan penipuan pemimpin yang ditolak rakyat hingga BN kecundang lagi, mereka bakal beralih kedudukan walaupun menang di kawasan majoriti Melayu.  Lihatlah saluran mengundi di semua tempat mengundi di seluruh negara , trend pengundian bukan Melayu tidak menyokong BN.

Malanya kini, kerajaan banyak sangat melayani tuntutan mereka walhal mereka amat sedikit menyokong BN. Janganlah kita mencari sokong, sokong membawa rebah, akhirnya kita tewas kerana kesilapan kita membuat percaturan pembahagian kawasan.
Sesuatu perlu dibuat seperti kerajaan PAP di Singapura.  Siapa yang majoriti di situ, maka kaum itulah yang bertanding dikerusi itu.  Tapi UMNO terlalu bertolak-ansur, ibarat kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Kongsi kuasa yang demokratik bukan majoriti menurutkan minoriti, tetapi menoriti kena ikut majoriti. Sampai ramai masyarakat akar-umbi melihat kenapa UMNO semakin bangang.

Dikhuatiri padah buruk menimpa UMNO/BN jika PRU13 jika orang Melayu punya pendapat dipinggirkan dan hanya Melayu saja yang kena ikut cakap, sedangkan banyak tuntutan kerajaan dipatuhi berbanding kaum Cina dan India yang banyak menggugut tapi tak setia pada BN.

Tinjauan yang saya buat mendapati, PRU12, orang Melayu undi PAS dan PKR(calon Melayu) kerana kebanyakan mereka tak suka MCA dan MIC. Bukan kerana PAS atau Melayu yang mewakili PKR itu kuat tetapi mengundi kerana bangsa Melayu.

Saya amat bimbang dengan trend pengundi muda Cina dan India yang tidak menyokong BN sekarang. Mereka mudah dapat peluang dalam DAP dan PKR sebagai YB. Mereka berpendapat melalui MCA, MIC , Gerakan pun mereka mampu dapat macam-macam tuntutan daripada kerajaan. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka semakin jauh daripada BN.  Undi BN dapat apa, tak undi pun boleh dapat projek? Fikir-fikir wahai pemimpin UMNO.

Pemanasan global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari

Sabtu, 13 November 2010

Tembikar China RM214j

TEMBIKAR antik dapat bidaan tertinggi dalam sejarah.
Barang antik dinasti Qianlong catat sejarah bidaan tertinggi

LONDON: Sepasang adik beradik yang menemui tembikar China ketika membersihkan loteng rumah ibu bapa mereka yang sudah meninggal dunia, hampir pengsan apabila lelongan barangan antik itu kelmarin mencapai bidaan 43 juta (RM214 juta).

Jurulelong sebelum itu memberitahu adik beradik berkenaan yang menjumpai tembikar itu di rumah ibu bapa mereka di Pinner, Middlesex, tembikar berkenaan kemungkinan mendapat bidaan antara 800,000 (RM3.9 juta) hingga 1.2 juta (RM6 juta).
Bagaimanapun tidak seorang pun menjangka pembeli dari China melonjakkan bidaan sehingga mencapai rekod dunia untuk tembikar iaitu 43 juta hanya dalam tempoh setengah jam.
Pada satu ketika bidaan dibuat, seorang dari adik beradik yang tidak dinamakan itu hampir pengsan dan terpaksa meninggalkan dewan lelong untuk mendapatkan udara segar.

Bidaan ke atas tembikar abad ke-18 dinasti Qianlong itu dipercayai paling tinggi dalam sejarah bagi tembikar China.

Harga keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh pembeli yang berjaya dari China yang tidak dinamakan ialah 53,105,000 (RM265 juta), termasuk komisyen dan cukai tambah nilai.

Pelelong di Bainbridges, Helen Porter, berkata adik beradik itu yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, memang langsung tidak mengetahui nilai tembikar yang ditemui mereka itu.

Bagaimana tembikar itu berada dalam pemilikan ibu bapa mereka juga masih menjadi misteri. Ia dikatakan di dalam pemilikan keluarga itu sejak 1930-an.
Pelelong, Chris Albury dari syarikat pelelong Dominic Winter, di Swindon berkata harga tinggi itu mencerminkan kekayaan baru yang dimiliki penduduk China

Khamis, 11 November 2010

Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada
Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.
Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah
Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis
politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Ahad, 7 November 2010

Kumpulan Muslim Moderat/Liberal halalkan homoseksual?

Oleh : Adian Husaini.
Akhbar Harian The Jakarta Post, edisi Jumaat (28/3/2008) dalam halaman muka depan menerbitkan berita berjudul Islam 'recognizes homosexuality' (Islam mengakui homoseksualiti). Memetik pendapat dari Prof. Dr. Siti Musdah Mulia , Pengarah di UIN (Universitas Islam Negeri) Jakarta, akhbar berbahasa Inggeris itu menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah sesuatu yang alami (semulajadi) dan diciptakan oleh Tuhan, kerana itu dihalalkan dalam Islam. (Homosexuals and homosexuality are natural and created by God, thus permissible within Islam).
Menurut Musdah, para sarjana Muslim moderat berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Dan bahawasanya kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya hanyalah berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam.

Secara jelas, ditulis dalam akhbar itu:
"Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings."
Memetik QS 49 ayat 3, Musdah menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual. Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, "Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya." (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety).

Demikian pendapat Pengarah UIN Jakarta ini dalam diskusi yang diselenggarakan suatu organisasi bernama "Arus Pelangi ", di Jakarta, Kamis (27/3/2008). (Nota -NGO Arus Pelangi adalah NGO untuk kumpulan homoseksual & Lesbian di Indonesia).

Menurut Musdah Mulia, intisari ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).
The Jakarta Post juga memetik pendapat seorang penceramah bernama Nurofiah, yang menyatakan, bahawa pandangan dominan dalam masyarakat Islam tentang heterogeniti (kepelbagaian) adalah "konstruksi sosial"(pembinaan sosial), sehingga menyebabkan larangan aktiviti homoseksualiti oleh kaum majoriti. Ini sama dengan kes "bias gender"(ketidakadilan jantina) disebabkan dominasi budaya patriarki (lelaki). Kerana itu, katanya, keadaan ini akan berbeza jika yang berkuasa adalah kaum homoseks.

Lebih tepat lagi, dipetik ucapan aktivis gender iti: "Like gender bias or patriarchy, heterogeneity bias is socially constructed. It would be totally different if the ruling group was homosexuals."

Diskusi tentang homoseksual itu turut mengundang penceramah dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI). The Jakarta Post melabel kedua organisasi itu, sebagai "kelompok Muslim konservatif". Ditulis dalam akhbar seperti berikut: "Condemnation of homosexuality was voiced by two conservative Muslim groups, the Indonesian Ulema Council (MUI) and Hizbut Thahir Indonesia (HTI)."
Amir Syarifuddin, Pengurus MUI, menyatakan bahawa amalan homoseksual adalah satu perbuatan dosa. "Kami tidak akan menganggap homoseksualiti sebagai musuh, tetapi kami akan membuat mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah," katanya.
Demikianlah berita tentang 'fatwa halal' homoseksual oleh sebahagian aktivis Liberal, sepertimana yang ditulis oleh The Jakarta Post.

Jika kita rajin menyemak perkembangan pemikiran Liberal, baik di kalangan Yahudi, Kristian, mahupun Islam, maka kita tidak akan heran dengan berita yang dimuat di Harian The Jakarta Post itu.

Kaum Yahudi Liberal, juga Kristian Liberal, sudah lama menghalalkan perkawinan sesama jenis. Bahkan, ramai cendekiawan dan tokoh agama mereka yang sudah secara terbuka mendeklarasikan (isytihar) sebagai orang-orang homoseks dan lesbian. Ramai di kalangan mereka sudah melangsungkan perkawinan sesama jenis di dalam tempat ibadah mereka.

Bagi kaum Yahudi dan Kristian Liberal, hal seperti itu sudah dianggap biasa. Mereka juga menyatakan, apa yang mereka lakukan adalah sejalan dengan ajaran Bible. Mereka juga menuduh kaum Yahudi dan Kristian lain sebagai "ortodoks", "konservatif" dan sebagainya, kerana golongan itu tidak mahu mengakui dan mengesahkan amalan homoseksual.

Gereja Khatolik, misalnya, tetap mempertahankan doktrinnya yang menolak amalan homoseksual. Pada tahun 1975, Vatikan mengeluarkan kenyataan bertajuk "The Vatican Declaration on Sexual Ethics." Isinya, antara lain menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidatonya pada malam Tahun Baru 2006, Paus Benediktus XVI juga menegaskan sekali lagi tentang terkutuknya perilaku homoseksual.

Dalam Islam, soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau pendukungnya. Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan oleh Prof. Siti Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.

Nabi Muhammad saw bersabda, "Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut." (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki).

Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.

Sejak terbitnya Jurnal Justisia dari Fakulti Syariah IAIN Semarang (edisi 25, Th XI, 2004), yang menghalalkan homoseksual, kita sudah mengingatkan kepada para pimpinan kampus Islam agar mereka lebih serius dalam menangani penyebaran fahaman Liberal di kampus. Sebab, virus Liberal ini semakin menukar untuk merosakkan aqidah dan pemikiran Islam. Ironisnya, fenomena ini digerakkan dari kalangan ahli-ahli akademik di kampus-kampus yang berlabel Islam.

Kita ingat kembali, bahawa dalam Jurnal Justisia tersebut, dilakukan kempen besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan homoseksual. Jurnal itu kemudian diterbitkan menjadi sebuah buku berjudul "Indahnya Kawin Sesama Jenis : Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual", (Semarang:Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005).

Dalam buku tersebut dijelaskan strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia, iaitu (1) mengorganisi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang menuntut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi kemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut serta terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) melakukan kritik dan menafsir semula keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual, (4) menyuarakan perubahan Undang-undang Perkawinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan harus antara laki-laki dan wanita." (hal. 15)

Sebagaimana Prof. Musdah Mulia, para penulis dalam buku itu juga mengecam keras pihak-pihak yang masih mengharamkan homoseksual. Seorang penulis dalam buku ini, misalnya, menyatakan, bahawa pengharaman nikah sejenis adalah bentuk kebodohan umat Islam generasi sekarang kerana ia hanya memahami doktrin agamanya secara given, taken for granted, tanpa ada pembacaan mendalam secara kritis atas doktrin tersebut.
Si penulis kemudian mengaku bersikap kritis dan curiga terhadap motif Nabi Luth dalam mengharamkan homoseksual, sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran surat al-A'raf :80-84 dan Hud :77-82). Semua itu, katanya, berpunca dari faktor kepentingan Luth itu sendiri, yang gagal menikahkan anaknya dengan dua laki-laki, yang kebetulan homoseks.

Ditulis dalam buku ini sebagai berikut:
"Kerana keinginan untuk menikahkan puterinya tidak kesampaian, tentu Luth amat kecewa. Luth kemudian menganggap kedua laki-laki tadi tidak normal. Isetri Luth boleh memahami keadaan laki-laki tersebut dan berusaha menyedarkan Luth. Tetapi, Luth, menganggap isterinya melawan suami dan membela kedua laki-laki yang dinilai Luth sebagai tidak normal. Kenapa Luth memandang negatif kepada kedua laki-laki yang kebetulan homo itu ? Sejauhmana yang saya tahu, Al-Quran tidak memberi jawapan yang jelas. Tetapi kebencian Luth terhadap kaum homo berpunca daripada faktor kecewa kerana tidak berjaya menikahkan kedua puterinya kerana anggapan Luth yang salah terhadap kaum homo." (hal. 39)

Padahal, tentang Kisah Nabi Luth a.s. Al-Quran sudah memberikan gambaran yang jelas bagaimana terkutuknya kaum Nabi Luth yang merupakan pelaku homoseksual itu:

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (QS Al-A'raf:80-84).

Kerana itu, para mufassir Al-Quran selama ratusan tahun tidak pernah bersependapat seperti anak-anak syariah dari IAIN Semarang itu atau seperti Prof. Musdah Mulia yang berani menghalalkan homoseksual.
Gerakan menghalalkan homoseksual yang dilakukan oleh kaum Liberal di Indonesia sebenarnya sudah melampaui batas. Bagi umat Islam, hal seperti ini merupakan sesuatu yang tidak pernah difikirkan ("unthought"). Bagaimana mungkin, dari kampus berlabel Islam, muncul guru dan mahasiswa yang berani menghalalkan homoseksual, suatu tindakan rosak yang selama ribuan tahun dikutuk oleh agama.
Gerakan legalisasi (menghalalkan) homoseksual dari lingkungan kampus Islam tidak boleh dipandang sebelah mata. Tindakan ini merupakan kemungkaran yang jauh lebih bahaya dari gerakan legalisasi homoseks yang selama ini sudah kerap kali dilakukan kaum homoseksual sendiri.

Dalam catatan penutup buku karya anak-anak Fakulti Syariah IAIN Semarang tersebut, dimuatkan tulisan berjudul "Homoseksualiti dan Pernikahan Gay: Suara dari IAIN". Penulisnya, mengaku bernama Mumu, mencatat, "Ya, kita tentu menyambut gembira usaha yang dilakukan oleh Fakultas Syariah IAIN Walisongo tersebut."

Turut dikatakan dalam buku tersebut: "Hanya orang primitif saja yang melihat perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal (tidak normal) dan merbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalil apapun, untuk melarang perkahwinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan telah terlanjur."

Logik ini seiring dengan pemikiran Musdah Mulia yang menyatakan bahawa larangan homoseksual hanyalah berdasarkan kepada penafsiran sempit terhadap ajaran Islam. Barangkali, seperti yang dikatakan Nurofiah, jika suatu ketika nanti kaum homoseksual sudah menjadi dominan, maka mereka akan memandang bahawa kaum heteroseksual (pelbagai) adalah suatu kelainan. Inilah pandangan yang 'keblinger'(sesat), yang lahir dari kekeliruan berfikir.

Sebagaimana kes perkahwinan antara muslimah dan lelaki non-Muslim yang disokong oleh sebahagian guru UIN Jakarta, kita patut khuatir, bahawa para akademis Liberal itu semakin menjadi-jadi tindakannya, dengan menjadi penghulu terhadap perkahwinan sesama jenis.

Kita berharap hal itu tidak terjadi, meskipun Prof. Dr. Musdah Mulia sudah melontarkan pendapatnya tentang homoseksual secara terbuka di media massa. Memang, jika orang sudah hilang rasa malunya, maka dia akan berbuat semahunya. Mungkin dia merasa sudah hebat, sudah jadi pengarah pemikiran Islam di suatu kampus Islam terkenal. Selama ini pun, orang-orang terdekatnya pun tidak mampu untuk menghentikan kegiatannya.
Namun, jika kita ikuti kisah perjalanan intelektual Prof. Musdah Mulia, kita sebenarnya tidak terlalu heran. Sejak awal, cara berfikirnya sudah kacau. Dia sewenang-wenang mengubah hukum Islam, untuk disesuaikan dengan cara berfikir dan cara hidup Barat.

Tidak aneh, jika kerana sepak terjangnya yang seperti itu, tahun lalu, pada Hari Perempuan Dunia tanggal 8 Mac 2007, Musdah Mulia menerima penghargaan "International Women of Courage" dari Menteri Luar Negeri Condoleezza Rice di pejabat Kementerian Luar Negera Amerika Syarikat (AS), Washington. Dia dianggap berani menyuarakan, membela dan mengembalikan hak perempuan di kaca mata agama dengan cara melakukan 'pembaharuan hukum Islam' - termasuk- undang-undang perkawinan.
Mungkin, setelah menyokong amalan homoseksual ini, dia akan mendapatkan pujian dan penghargaan jauh lebih tinggi lagi dari "kalangan tertentu." Kita tunggu saja!
[Depok, 30 Mac 2008/www.hidayatullah.com]

Artikel asal tulisan Adian Husaini, dari laman swaramuslim.net yang bertajuk " "Prof UIN Jakarta Halalkan Homoseksual". 

Tabah Menghadapi Ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah.  Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk member ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: 

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”


Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji.

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).

Apalah guna hidup senang, tetapi penuh dengan dosa dan noda, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).

Ini bererti mereka yang hidup sengsara, menderita kelaparan, sakit dan risau di dunia ini akan mendapat kegembiraan yang lama pada akhirat nanti, sebaliknya golongan yang kenyang dan gembira di dunia ini akan lama kelaparannya pada akhirat. Bagi mereka yang hajatnya tidak tercapai di dunia ini, janganlah berduka cita atau putus asa atas keputusan Allah, habuan mereka tersimpan pada akhirat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Manusia berasa sukar menerima keadaan yang biasa menimpa seperti kemiskinan, kerugian, kehilangan barang, pangkat, kematian dan perkara lain yang mengurangi kesenangannya.

Apa yang dapat bertahan dalam kesukaran seperti itu hanyalah orang yang mempunyai sifat sabar dan reda. Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."

Nabi saw membuktikan cinta dan kasih sayang kepada umatnya ia sanggup menanggung segala susah payah yang menimpa dan inginkan kebaikan daripada umatnya, hingga hampir wafatnya ia masih menyebut umatku, umatku, umatku, seperti mana firman Allah bermaksud "...sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat keberatan kepada sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)

Tidak ada siapa pun yang mahu meminta supaya dirinya dikenakan musibah, contohnya sakit, kerana tidak tahu nikmat musibah itu sebenarnya, sebaliknya mengganggap musibah itu adalah buruk.

Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".